Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, esok.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, beliau akan bersama pimpinan PH bagi mengumumkan calon-calon itu yang akan menggalas amanah rakyat pada pilihan raya negeri berkenaan.

“Insya-Allah saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.

“Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat.

“Ayuh bersama-sama hadir dan memulakan langkah menuju kemenangan,” kata Anwar menerusi Facebook hari ini.

Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor Ke-16 itu dijadual berlangsung pada 8 malam di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Tangkak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor, dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 7 Julai. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast