KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang murid terjatuh bangunan di sebuah sekolah di Ipoh.
Menurutnya, murid berkenaan kini sedang mendapat rawatan di hospital.
“Semoga beliau dikurniakan kesembuhan segera dan keluarga diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
“JPN Perak telah mengambil tindakan bagi memastikan kebajikan dan bantuan terbaik kepada keluarga murid. Sokongan psikososial turut diberi kepada warga sekolah yang terkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian semalam, seorang murid lelaki Tingkatan 1 parag selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.49 petang.
“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Setakat ini, pihak polis masih mengumpul keterangan daripada saksi-saksi dan meneliti semua aspek yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, JPN Perak meminta masyarakat memberi ruang kepada siasatan pihak berkuasa dan menghormati sensitiviti keluarga yang sedang berhadapan ujian pada ketika ini. – MalaysiaGazette
















