Keluarga pelajar berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

MELAKA – Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, di sini meninggal dunia ketika sedang mengikuti latihan rugbi petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 14 tahun tiba-tiba rebah semasa mendengar taklimat diberikan jurulatih selepas berhenti berehat.

Datuk saudara mangsa, Yahya Endut, 64, berkata, dia terkejut ketika dimaklumkan kejadian menimpa anak saudaranya itu yang tinggal di asrama sebelum bergegas dari Alor Gajah .

“Saya difahamkan, ketika kejadian cucu saudara yang dipelihara dari kecil itu baharu sahaja mengikuti latihan selama 15 minit sebelum berhenti berehat.

“Bagaimanapun, ketika mangsa sedang duduk, dia tiba-tiba rebah dan mengalami kesukaran bernafas,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, malam ini.

Yahya berkata, dia terkejut kerana cucu saudaranya itu tidak pernah mengalami sebarang penyakit sebelum ini.

“Dia pun tak pernah ceritakan ada masalah di asrama sekolah sebab itu tak sangka boleh berlaku kejadian sebegini,” tambahnya.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman ketika ditemuikan mengesahkan kejadian.

“Mangsa yang bersekolah di Telok Mas rebah semasa taklimat selepas latihan ragbi sebelum meninggal dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superitendan Halim Abas mengesahkan kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast