Calon Parti BERSAMA N.51 Bukit Batu, Tamili Gopalakrishnan menyantuni penduduk Bukit Batu ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Taman Putri, Kulai. Foto SADIQ SANI, 28 JUN 2026.

KULAI – Daripada seorang rakyat marhaen yang bekerja sebagai kerani, jurujual dan ejen insurans sebelum menjadi peguam di England, kini diangkat menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

G Tamili, 30, yang dipilih menjadi calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu enggan menoleh ke belakang lagi dan sedia menempuh dunia baharu sekiranya menang nanti.

Anak jati Kulai itu berkata, sekiranya rakyat memberi mandat kepadanya, beliau mahu menjadi jambatan antara masyarakat dan kerajaan selain mengurangkan karenah biokrasi dalam pentadbiran.

“Ini adalah visi saya untuk kerusi DUN Bukit Batu jika menang dalam PRN Johor ke-16.

Sekiranya terpilih mahu membawa suara anak muda dan penduduk Bukit Batu agar didengari di peringkat tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikan kepada pemberita ketika ditemui menyampaikan risalah dan berkempen di Taman Putri di sini.

Calon Parti BERSAMA N.51 Bukit Batu, Tamili Gopalakrishnan bercakap semasa ditemubual ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Taman Putri, Kulai. Foto SADIQ SANI, 28 JUN 2026.

Tamili akan bertemu calon PH, Arthur Chiong Sen Sern, 36; calon Barisan Nasional (BN), R K Kumaran, 56; calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), M Premanand, 53, dan calon Bebas, Datuk Kamaruzaman Ali, 63.

Bercakap mengenai sambutan kempen, Tamili berpuas hati kerana mendapat maklum balas positif terutama daripada masyarakat Cina.

Dakwanya, penduduk mula mengenali Bersama kerana populariti bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli yang merupakan peneraju parti tersebut.

Jelasnya, antara perkara yang disuarakan penduduk adalah banjir kilat dan masalah tong sampah do beberapa kawasan.

“Kira akan cuba selesaikan masalah ini jika terpilih. Setakat ini saya dan jentera sudah bertemu ribuan penduduk semasa berkempen dan memperkenalkan diri sebagai calon PRN Bukit Batu,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast