Seorang lelaki tempatan ditahan selepas kereta BMW dipandunya terbabas ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, lelaki berusia 45 tahun itu membawa lima penumpang warga Myanmar dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.















