KUALA LUMPUR – Seorang remaja, Fatimah Abdullah dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Kajang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, kehilangan remaja berusia 17 tahun dilaporkan pada jam 12.21 pagi semalam.

Menurutnya, Fatimah memiliki ketinggian 150 sentimeter, berat 54 kilogram, berambut lurus dan berkulit cerah.

Lokasi terakhirnya di Apartment Teratai Taman Sutera, Kajang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat remaja ini diminta menghubungi IPD Kajang ditalian 03-89114222 atau Sarjan Muhammad Faisal Hakim Tanzali 011-33337701. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast