KUALA LUMPUR – Setakat jam 8.06 malam tadi, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 49 kerusi, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi tujuh kerusi setakat ini manakala parti-parti lain seperti Perikatan Nasional (PN), Bersama dan MUDA masih gagal menang di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pembentukan kerajaan negeri Johor memerlukan majoriti mudah 29 DUN
Terdahulu, proses pengundian PRN Johor ke-16 berakhir secara rasmi selepas kesemua 1,076 pusat mengundi di seluruh negeri ditutup tepat jam 6 petang ini.
Setakat 5 petang tadi, sebanyak 67.44 peratus atau lebih 1.8 juta orang daripada keseluruhan 2.6 juta pemilih biasa telah menunaikan tanggungjawab mereka. -MalaysiaGazette
















