Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

MELAKA – DAP Melaka dijangka mengumumkan keluar daripada pentadbiran Kerajaan Perpaduan Melaka dalam satu sidang media kira-kira pukul 2 petang ini sejurus selesai pembentangan dan keputusan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang media itu akan dipimpin Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.

Difahamkan, DAP akan mengumumkan peletakan jawatan semua wakilnya dalam pentadbiran negeri sebagai tanda bantahan terhadap pindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan pelantikan ADUN lantikan.

Antara yang dijangka melepaskan jawatan ialah Allex Seah Shoo Chin (Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna), dua Timbalan Exco iaitu Low Chee Leong dan Leng Chau Yen, selain Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee.

Tindakan itu dijangka menamatkan penyertaan DAP dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH).

Keputusan tersebut menyusuli pertikaian berlarutan antara DAP dan kerajaan negeri berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan ADUN lantikan sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast