Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan telah membayar kira-kira RM24.4 juta kepada sebuah syarikat pembinaan dan kejuruteraan bagi melaksanakan projek pembinaan jalan baharu yang menyambung Felda Bukit Jalor ke Gemas.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Wan Hasnan Wan Musa, 51, berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM10 juta dibayar kepada syarikat tersebut, KCJ Engineering Sdn. Bhd. pada 26 Mei 2022 sebagai wang pendahuluan.















