Masyarakat dinasihatkan tidak mencetuskan sebarang kekecohan atau mengadakan perhimpunan susulan pertuduhan seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar dikenali sebagai ‘Rocky’, di Mahkamah Majistret Klang, esok.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, orang ramai sebaliknya perlu memberi ruang kepada proses perundangan untuk berjalan tanpa sebarang gangguan.















