Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Dua lelaki termasuk seorang warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mayatnya ditemukan di Kampung Numbak, Sepanggar, dekat sini semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 39 dan 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dikemukakan oleh pegawai penyiasat ASP La Paula Abd Muis.

Kedua-dua lelaki itu ditahan semalam susulan penemuan mayat kanak-kanak warga tempatan Nurjilya Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 13 Julai lepas.

Mayat mangsa ditemukan di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast