Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang setiausaha dan bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan disyaki terlibat dalam amalan pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM5 juta untuk kepentingan peribadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an telah ditahan sekitar jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka disyaki menerima, memiliki, mengubah, memindah, dan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berkaitan penyelewengan wang pertubuhan di tempat mereka bekerja untuk kepentingan peribadi.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Kedua-dua suspek akan dituduh 29 Julai ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast