Dzulkifli Ali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Bekas pemain bola sepak Pulau Pinang dan Malaysia, Dzulkifli Ali yang pernah menjadi tonggak pertahanan pada era 1980-an, meninggal dunia hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seberang Jaya.

Setiausaha Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang, Mahathir Mohd Jamal Mohd berkata, pemergian Dzulkifli adalah satu kehilangan besar kepada keluarga, rakan-rakan dan seluruh komuniti bola sepak Pulau Pinang.

“Dzulkifli sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga besar bekas pemain bola sepak Pulau Pinang dan sumbangan serta kenangan bersamanya akan sentiasa dikenang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkifli yang turut dikenali sebagai Zulkifli Ali adalah antara pemain penting Pulau Pinang pada era 1980-an dan pernah mewakili skuad kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya.

Allahyarham juga pernah berada dalam skuad kebangsaan yang berdepan bintang bola sepak dunia, George Best dan legenda England, Kevin Keegan pada 1984.

Sebagai pemain pertahanan, Dzulkifli dikenali dengan gaya permainan yang keras dan bersemangat serta mampu beraksi di posisi bek kanan dan pertahanan tengah.

Beliau antara pemain yang mewarnai Pulau Pinang dan skuad kebangsaan ketika tempoh yang dianggap sebagai antara zaman kegemilangan bola sepak Malaysia.

Selepas bersara, Allahyarham masih aktif dalam bola sepak dengan menyertai perlawanan persahabatan serta kejohanan veteran kebangsaan bersama bekas rakan sepasukannya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Jermal selepas solat Asar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here