BORDEAUX, Perancis – Pihak berkuasa Perancis menahan seorang remaja berusia 15 tahun yang disyaki memulakan kebakaran hutan yang mengorbankan dua anggota bomba, menurut sumber yang dekat dengan siasatan kepada AFP pada Khamis.
Kedua-dua anggota bomba itu berada di dalam sebuah trak yang terperangkap dalam kepungan api ketika mereka sedang memadamkan kebakaran hutan berhampiran lapangan terbang Bordeaux, di barat Perancis, pada 21 Julai.
Sumber tersebut berkata, remaja berkenaan telah diletakkan di bawah siasatan dan ditahan di pusat tahanan juvana.
Kematian kedua-dua anggota bomba itu, bersama seorang anggota bomba sukarela yang maut ketika memadamkan kebakaran lain di tenggara Perancis, mencetuskan kemarahan kesatuan-kesatuan anggota bomba.
Mereka mendakwa tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menangani jumlah kebakaran hutan yang banyak berlaku di seluruh negara pada tahun ini.
Wakil daripada sembilan kesatuan bertemu Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez pada hari Khamis mendakwa komitmen yang diberikan oleh menteri itu masih tidak mencukupi dan mengancam untuk mengambil tindakan perusahaan pada September.
Ketika sebahagian besar negara itu kini dilanda gelombang haba baharu, anggota bomba sekali lagi bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan yang berlaku di beberapa kawasan di seluruh Perancis. – Agensi
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















