Pusat gempa di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia.

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 dikesan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada 12.25 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 0.1 darjah selatan dan 120.6 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 116 km Timur Laut dari Palu, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna di Sabah, namun tiada ancaman tsunami kepada negara. — BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here