KUALA LUMPUR – Liga Mahasiswa Malaysia (LMM) menuntut supaya semua prosiding tatatertib dan tindakan hukuman universiti di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) digugurkan serta-merta susulan pemansuhan AUKU.
Selain itu, LMM turut menuntut supaya pemansuhan AUKU dilaksanakan segera, manakala proses penggubalan akta baharu disegerakan dengan penglibatan rasmi gerakan mahasiswa, ahli akademik dan seluruh warga universiti secara terbuka dan demokratik.
Dalam masa sama, katanya, akta baharu wajib menjamin elemen kebebasan akademik dan autonomi mahasiswa.
“Liga Manasiswa Malaysia menyambut baik pengumuman pemansuhan AUKU (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai satu perkembangan penting dalam sejarah gerakan mahasiswa Malaysia.
“Namun, pemansuhan AUKU bukanlah hadiah daripada mana-mana kerajaan kepada mahasiswa.
“Ini merupakan hasil perjuangan panjang mahasiswa yang berangsung selama puluhan tahun dan merentasi pelbagai generasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, tambahnya, LMM akan mengikuti rapat gerak kerja pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan pengumuman pemansuhan AUKU itu.
“Kami menuntut satu garis masa pelaksanaan yang jelas dibentangkan dalam kadar segera.
“Sekiranya pihak kerajaan sekadar menabur janji, seluruh tenaga dan solidariti mahasiswa bersedia untuk turun ke jalanan secara besar-besaran,” katanya. – MalaysiaGazette

















Gugurkan termasuk kes meniru dlm peperiksaan? kes mengendap tandas perempuan? kes mencuri motor?? ni mahasiswa kaa? mahasewel?? Menghabiskan duit pembayar cukai bagi subsidi kpd bebal2 ni