Liga Mahasiswa Malaysia

KUALA LUMPUR – Liga Mahasiswa Malaysia (LMM) menuntut supaya semua prosiding tatatertib dan tindakan hukuman universiti di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) digugurkan serta-merta susulan pemansuhan AUKU.

Selain itu, LMM turut menuntut supaya pemansuhan AUKU dilaksanakan segera, manakala proses penggubalan akta baharu disegerakan dengan penglibatan rasmi gerakan mahasiswa, ahli akademik dan seluruh warga universiti secara terbuka dan demokratik.

Dalam masa sama, katanya, akta baharu wajib menjamin elemen kebebasan akademik dan autonomi mahasiswa.

“Liga Manasiswa Malaysia menyambut baik pengumuman pemansuhan AUKU (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai satu perkembangan penting dalam sejarah gerakan mahasiswa Malaysia.

“Namun, pemansuhan AUKU bukanlah hadiah daripada mana-mana kerajaan kepada mahasiswa.

“Ini merupakan hasil perjuangan panjang mahasiswa yang berangsung selama puluhan tahun dan merentasi pelbagai generasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, tambahnya, LMM akan mengikuti rapat gerak kerja pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan pengumuman pemansuhan AUKU itu.

“Kami menuntut satu garis masa pelaksanaan yang jelas dibentangkan dalam kadar segera.

“Sekiranya pihak kerajaan sekadar menabur janji, seluruh tenaga dan solidariti mahasiswa bersedia untuk turun ke jalanan secara besar-besaran,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Gugurkan termasuk kes meniru dlm peperiksaan? kes mengendap tandas perempuan? kes mencuri motor?? ni mahasiswa kaa? mahasewel?? Menghabiskan duit pembayar cukai bagi subsidi kpd bebal2 ni

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here