Gambar hiasan, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyambut baik cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta perancangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan baharu bagi pendidikan tinggi negara.

UTeM dalam kenyataan berkata, langkah berkenaan selari dengan hala tuju KPT menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, khususnya agenda pembentukan One Higher Education Act.

Menurutnya, kerangka baharu itu penting bagi memastikan perundangan pendidikan tinggi kekal relevan dengan perubahan landskap semasa, selain memperkukuh autonomi institusi, kebebasan akademik, suara mahasiswa, tadbir urus dan akauntabiliti universiti.

“UTeM bersedia memberikan kerjasama bersepadu kepada KPT dan semua pihak berkepentingan dalam proses libat urus serta pembangunan kerangka perundangan baharu ini,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, UTeM berpandangan penelitian menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu dengan mengambil kira keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi serta peranan universiti dalam pembangunan mahasiswa, masyarakat dan negara.

Universiti itu berharap pembaharuan berkenaan dapat menyokong usaha melahirkan mahasiswa dan komuniti berilmu, berfikiran kritis, bertanggungjawab serta mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan universiti dan negara.

UTeM turut menegaskan institusi pendidikan tinggi perlu terus menjadi pusat rujukan keilmuan dan peradaban yang berdaya saing dalam melahirkan generasi berkualiti di peringkat nasional dan antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here