Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau tidak tahu mengapa namanya digugurkan daripada saman sivil bernilai AS$5.64 bilion yang difailkan syarikat tersebut.
Saksi plaintif keempat itu turut menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan kerajaan bagi membolehkan namanya dikeluarkan daripada saman berkenaan.















