Unit Anjing Pengesan (K9 )

KUALA LUMPUR – Skuad Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan dilibatkan dalam usaha mengesan kegiatan penyeludupan hidupan liar di pusat logistik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perhilitan Semenanjung Malaysia memaklumkan, Unit K9 bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Kargo KLIA melaksanakan tindakan penguatkuasaan menerusi pemantauan terhadap kargo di pusat kargo KLIA.

Operasi pematuhan kargo yang dilaksanakan hampir sebulan bermula pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos 2026 itu meliputi hampir semua pusat logistik utama.

“Mana-mana sindiket yang cuba menjadikan kargo udara sebagai laluan selamat untuk menyeludup khazanah alam kini berdepan tindakan tegas agensi penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan yang sama, operasi berkenaan turut memperlihatkan keupayaan skuad K9 Perhilitan dalam mengesan bau bahan atau hidupan liar yang disembunyikan di dalam kargo.

“Anjing pengesan berkenaan digunakan untuk memeriksa setiap bahagian kargo termasuk celahan palet kayu dan kotak bagi mengesan bahan bukti penyeludupan hidupan liar.

“Antara yang menjadi sasaran pengesanan termasuk gading gajah, sisik tenggiling, tulang harimau serta hidupan liar hidup yang dipercayai cuba diseludup menggunakan bagasi dan kotak kargo,” katanya.

Perhilitan memaklumkan, kehadiran fizikal Unit K9 di laluan utama kargo bukan sahaja berperanan sebagai alat pengesanan, malah menjadi elemen pencegahan terhadap kegiatan penyeludupan hidupan liar antarabangsa.

Perhilitan bersama AKPS akan terus memperketat kawalan di titik-titik panas pintu masuk negara secara berterusan bagi memastikan biodiversiti negara sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here