logo luar negara
Gambar hiasan

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia merampas kira-kira 2.6 tan cecair yang disyaki methamphetamine selepas memintas sebuah kapal berbendera Tanzania di perairan wilayah Riau dan menahan 10 kru warga Myanmar.

Badan Narkotika Nasional Indonesia (BNN) berkata bahan yang disyaki itu disimpan dalam lapan tong berkapasiti 200 liter dan sebuah tangki air berkapasiti 1,000 liter di atas kapal MV Ocean Porter, yang dipintas pasukan penguat kuasa bersama pada kira-kira 6 petang waktu tempatan, 17 Ogos lalu di perairan Tanjung Parit, Bengkalis.

“Pemeriksaan lanjut terhadap bahan itu sedang dijalankan,” kata agensi berkenaan dalam video yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

Operasi yang membabitkan BNN, Jabatan Kastam dan Eksais serta Polis Wilayah Kepulauan Riau itu dilancarkan susulan maklumat risikan bahawa bahan narkotik akan dibawa dari Sarawak, Malaysia, ke perairan Indonesia.

“Kapal itu mengibarkan bendera Tanzania dan kesemua 10 kru di atas kapal adalah warga Myanmar. Mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut,” kata BNN.

Kapal itu kemudiannya ditunda ke pangkalan Kastam dan Eksais di Karimun, tempat pemeriksaan menggunakan anjing pengesan dan peralatan pengesanan narkotik menemukan cecair yang disyaki methamphetamine.

BNN berkata siasatan turut mendapati identiti kapal berkenaan didakwa telah ditukar daripada MV Rain Maker kepada MV Ocean Porter sebagai sebahagian daripada modus operandi rangkaian pengedaran narkotik itu.

Agensi berkenaan berkata kira-kira 1.57 juta batang rokok seludup dari China yang tidak mempunyai setem eksais Indonesia turut ditemukan di dalam sebuah kontena 40 kaki.

–BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here