Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 akan dikeluarkan esok.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, seramai 12,974 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU bagi tahun 2026 di 188 pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2026 secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula
20 Ogos 2026 (Khamis), pukul 10 pagi sehingga 26 Ogos 2026 (Rabu), pukul 6 petang.

“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here