KUALA LUMPUR – Wanita yang cedera dalam nahas membabitkan tiga beranak yang maut selepas dirempuh lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini, kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, wanita berusia wanita berusia 55 tahun itu masih menerima rawatan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Keadaan mangsa setakat ini sudah stabil. Kita masih belum mengambil keterangan dan selepas keadaanya baik, kita akan dapatkan daripada mangsa,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Difahamkan, pemandu Proton Saga berusia 55 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Artikel berkaitan:Imigresen gantung tugas pemandu lori terbabit kemalangan maut 3 beranak
Pemandu Lori Imigresen Dihadap Ke Mahkamah
Tiga beranak maut nahas lori imigresen: Keluarga mahu siasatan telus
HIBA…Suasana Solat Jenazah Tiga Beranak Maut Dirempuh Lori Imigresen Diselubungi Air Mata
Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan, pemandu lori JIM mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas lima pertuduhan berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Jalan Sultan Ismail semalam.
Akbar Zainol, 43, didakwa memandu lori Black Maria milik JIM secara melulu sehingga menyebabkan kematian Shaik Firdaus Shaik Yahya, 52, serta dua anaknya, Siti Norshazlin Shaik Firdaus, 24, dan Siti Darwisyah Shaik Firdaus, 12. – MalaysiaGazette
3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dipercayai sedang bercuti di ibu negara
















