Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) meneruskan pencarian mangsa pada hari ini.

TEMERLOH – Seorang lelaki  dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti memancing berhampiran Klinik Desa Kampung Lebak Seberang, di sini, malam semalam.

Mangsa, Muhamed Hanifa Mammu, 47, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Pusat Gerakan Operasi JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan pada jam 11.09 malam semalam dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin tiba di lokasi pada jam 11.27 malam.

“Pasukan membuat pencarian di permukaan air, namun operasi ditangguhkan dan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) diarahkan meneruskan pencarian pada pagi ini.

“Operasi hari kedua disambung pada jam 8.07 pagi tadi dengan penglibatan anggota BBP Bukit Angin bersama pasukan PPDA menggunakan sebuah jentera FRT, kenderaan Hilux, bot aluminium dan lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan BBP Temerloh turut dikerahkan sebagai balai bantuan dengan kekuatan lapan anggota serta sebuah FRT dan bot aluminium.

Menurut JBPM, seramai sembilan anggota PPDA Bukit Angin terlibat dalam operasi berkenaan.

Tambahnya, Pengarah JBPM Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim turut hadir di lokasi kejadian bagi memantau operasi pada jam 9.09 pagi tadi.

Selaman pertama pasukan PPDA BBP Bukit Angin dilakukan pada jam 9.24 pagi di kedalaman kira-kira 2.5 meter.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here