Keadaan jerebu yang semakin buruk di sesetengah kawasan di Sarawak. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 241 setakat pagi ini berbanding 204 semalam.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lapan kawasan lagi di Sarawak mencatatkan tahap tidak sihat iaitu Sri Aman (189), Kuching (186), Samarahan (179), Sarikei (173), Sibu (156), Bintulu (154), Samalaju (145) dan Kapit (129).

Sementara itu, 56 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100) manakala tiga kawasan lagi mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan rekod catatan di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here