Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke Sungai Pahang berhampiran Kampung Lebak Seberang, Temerloh, Rabu lalu ditemukan lemas pada Jumaat.
Mangsa, Muhamed Hanifa Mammu, 47, ditemukan anggota bomba kira-kira jam 7.05 pagi tadi, sekitar 150 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.















