Penduduk cuba memadamkan kebakaran hutan di Palangka Raya, Kalimantan. - AFP

JAKARTA – Jumlah titik panas yang dikesan di Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan meningkat lebih 50 peratus dalam tempoh sehari kepada 518, susulan peningkatan kejadian kebakaran hutan dan tanah.

Kementerian Kehutanan Indonesia memaklumkan Kalimantan Barat merekodkan jumlah tertinggi iaitu 259 titik panas, diikuti Kalimantan Tengah 242 dan Kalimantan Selatan 17.

Angka terbaharu yang direkodkan setakat 7 pagi waktu tempatan pada Khamis meningkat daripada 336 sehari sebelumnya, apabila Kalimantan Tengah mencatatkan 188 titik panas, Kalimantan Barat 117 dan Kalimantan Selatan 31.

Kementerian itu berkata walaupun data agensi cuaca negara menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan di Indonesia kekal pada tahap baik (hijau) dan sederhana (biru), titik merah kini dikesan di Kalimantan Tengah.

“Keadaan itu menunjukkan kualiti udara sangat tidak sihat, manakala kawasan sekitar di Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan masih dikategorikan dalam zon kuning atau tidak sihat,” menurut kementerian itu dalam hantaran terbaharu di media sosial. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here