Remy Ishak.

KUALA LUMPUR – Persoalan pelakon, Remy Ishak yang hairan apabila mendengar azan Subuh sebanyak dua kali bermula sekitar pukul 5  pagi di kawasan Jalan Ampang akhirnya terjawab.

Menerusi hantaran di Threads, bapa kepada seorang itu berkata, dia sering terdengar azan pada waktu berkenaan sedangkan waktu Subuh di kawasan tersebut ditetapkan sekitar 6.01 pagi.

“Saya selalu terdengar bunyi azan tepat 5 pagi walaupun waktu Subuh di Jalan Ampang 6. 01am. Adakah perkara ini normal atau saya seorang X-Men?” soalnya berseloroh.

Persoalan tersebut kemudian dijawab seorang pengguna Threads yang menjelaskan laungan azan sebelum masuk waktu Subuh mempunyai tujuan tertentu.

Menurut pengguna @fakhrimamat, amalan melaungkan azan Subuh sebanyak dua kali merupakan sunnah Nabi SAW.

Katanya, azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu Subuh sebagai peringatan bahawa waktu tersebut semakin hampir dan ia juga menjadi tanda kepada umat Islam bahawa waktu sahur hampir berakhirkhususnya ketika bulan Ramadan.

Sementara itu, azan kedua dilaungkan apabila masuk waktu Subuh dan menandakan bermulanya waktu untuk menunaikan solat fardu berkenaan.

Selepas menerima pencerahan yang bermanfaat itu, Remy dengan rendah meluahkan rasa terima kasih atas ilmu baharu yang diperolehnya.

“Terima kasih tuan. Maafkan saya yang masih jahil,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here