FB Fadzli Kamal

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara Kerajaan Negeri Pahang dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) akan terus diperkukuhkan demi kebajikan anak-anak Pahang di perantauan.

Itu harapan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal.

Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat PEKAP di sini baru-baru ini.

Turut hadir Presiden PEKAP, Azman Shah Abdullah dan barisan jawatankuasanya.

Menurut PEKAP, pihaknya menganggap perjumpaan dengan Exco Pahang itu menjadi platform penting dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pahang dan PEKAP.

“Fokus utama adalah sentiasa meletakkan kebajikan anak-anak Pahang di ibu kota dan perantauan sebagai agenda bersama,” katanya dalam kenyataan.

Pihaknya berharap sinergi antara PEKAP dan Kerajaan Negeri Pahang terus subur serta membawa limpahan manfaat kepada seluruh warga Pahang.

Sementara itu, PEKAP secara rasminya telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat pengurusan acara terkemuka, Orlaith Incbagi memfokuskan kepada pengurusan penajaan dana serta penganjuran Majlis Jamuan Diraja sempena Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PEKAP.

FB Rasmi PEKAP

 

Majlis berkenaan akan diadakan November ini di Matrade Hall.

Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Azman Shah mewakili PEKAP dan Pengarah Urusan Orlaith Inc., Azam Ismail Bakri di sini baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here