fb U.S. Embassy Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Ahli akademik Universiti Malaya (UM), Dr Lee Yee Qing mencipta sejarah sebagai saintis Malaysia pertama menerima Anugerah Penyelidik Muda Persatuan Perubatan Tropika dan Kebersihan Amerika (ASTMH).

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada Lee atas pencapaian itu, selain menerima geran perjalanan yang sangat kompetitif daripada ASTMH.

“Kecemerlangan rakyat Malaysia terus mengukir nama di persada global,” menurut kedutaan berkenaan.

Kedutaan itu turut memaklumkan bahawa penyelidikan Lee mendapat pengiktirafan dari Yokohama hingga Kuala Lumpur, manakala destinasi seterusnya ialah Mesyuarat ASTMH 2026 di Maryland, AS.

Menurut profil UMExpert, Lee yang berkhidmat di Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan UM, memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Mikrobiologi Perubatan daripada universiti berkenaan pada 2025.

Beliau menyiapkan tesis dengan cemerlang dan menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

Lee sebelum ini memperoleh Ijazah Sarjana Sains Perubatan pada 2021 dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Biokimia pada 2017, masing-masing daripada UM.

Bidang penyelidikan beliau tertumpu kepada mikrobiologi perubatan, dengan penerbitan akademiknya merangkumi kajian berkaitan kerintangan antimikrob dan patogen bakteria.

Anugerah Penyelidik Muda ASTMH mengiktiraf penyelidik baharu yang menunjukkan potensi dalam bidang perubatan tropika dan bidang berkaitan, manakala anugerah perjalanan membantu penerima menghadiri mesyuarat saintifik tahunan pertubuhan berkenaan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here