Mohamad Hijazi Zamri dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

BAYAN LEPAS – Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berusia 26 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Sungai Ara di sini, pada 22 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, laporan mengenai kehilangan Mohamad Hijazi Zamri, dibuat oleh bapanya pada Ahad lalu.

Menurutnya, Mohamad Hijazi dipercayai meminta izin daripada ibunya untuk ke Surau Al-Muttaqin di Lilitan Sungai Ara dengan menunggang motosikal Yamaha LC135 berwarna biru bernombor pendaftaran PQG 275.

“Bagaimanapun, dia tidak pulang ke rumah dan sehingga kini gagal dihubungi oleh ahli keluarganya.

“Mohamad Hijazi merupakan guru KAFA, mempunyai ketinggian 155 sentimeter dan berat 54 kilogram.

“Dia berkulit sawo matang dan berambut hitam pendek,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Anuwal, lelaki berkenaan kali terakhir dilihat memakai baju-T lengan panjang berwarna jingga dan hitam serta seluar panjang hitam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Mohamad Hijazi diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04 866 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here