Ramsay Anak Embol
ACP Ramsay Embol

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan selepas memandu secara melulu dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis peronda (MPV) di Jalan Persiaran Hamzah Alang, Meru, Klang, kira-kira jam 6.10 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan yang dijalankan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau kesalahan dadah.

Malah, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga didapati positif dadah.

Ramsay berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 188, Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Katanya, kesalahan berkenaan masing-masing berkaitan mengingkari arahan berhenti daripada pihak berkuasa, menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta memandu secara melulu sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Nurul Aida Roslan, Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Klang Utara di talian 016-503 3572. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here