Onn Hafiz mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang berlangsung di sini hari ini.

Lebih 5,000 umat Islam menyertai sambutan yang bermula 7.30 pagi itu dengan perarakan sejauh kira-kira satu kilometer dari pekarangan Pejabat Daerah Batu Pahat ke Masjid Sultan Ismail.

Sebanyak 50 kontinjen terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan serta swasta menyertai perarakan bertemakan ‘Maju Johor Dihayati Ummah Diberkati’ itu.

Onn Hafiz menyerahkan hadiah kepada kontinjen yang menang perarakan Maulidul Rasul di Batu Pahat hari ini

Turut mengiringi perarakan ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta barisan anggota kerajaan negeri.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dinobatkan sebagai kontinjen dengan penyertaan paling ramai apabila menghantar 200 peserta pada sambutan berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here