Gambar hiasan

MARANG – Seorang banduan lelaki maut dipercayai dipukul tiga banduan lain di sebuah penjara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Marang Supt Sofian Redzuan berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada 12.31 tengah hari semalam daripada seorang warden penjara itu.

“Mangsa yang berusia 38 tahun dan berasal dari Terengganu dipercayai dipukul di sebuah bilik oleh tiga suspek berusia antara 21 hingga 35 tahun.

“Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Merchang untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat koyak pada limpa yang dipercayai berpunca daripada hentakan benda tumpul seperti tumbukan atau tendangan.

Sofian berkata, hasil siasatan mempercayai kejadian berpunca daripada hutang lama dan perasaan tidak puas hati ketiga-tiga suspek terhadap mangsa.

“Kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here