Kebakaran hutan seluas satu ekar berdekatan Restoran New Otard, Jalan Helang 13, Bandar Puchong Jaya, berjaya dipadamkan.

PUCHONG – Kebakaran hutan berhampiran Restoran New Otard, Jalan Helang 13, Bandar Puchong Jaya, di sini, awal pagi semalam berjaya dipadamkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasinya, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.35 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian, pada jam 2.42 pagi.

“Setibanya di lokasi, anggota membuat pemeriksaan awal dan mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan hutan dengan anggaran keluasan satu ekar.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak memadamkan kebakaran itu menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki serta dua aliran salur bantu mula daripada bekalan air tangki pam jentera bomba,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman itu membabitkan kekuatan BBP Puchong dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

“Kedudukan lokasi kejadian yang hanya kira-kira 5.3 kilometer dari balai berkenaan membolehkan pasukan bomba tiba dalam tempoh singkat selepas menerima panggilan kecemasan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here