Foto: Ihsan Bomba

SIBU – Sebanyak 23 daripada 43 penumpang sebuah bas persiaran cedera selepas kenderaan itu terlibat dalam kemalangan kendiri di Bulatan Kanowit/Durin, Lebuh Raya Pan Borneo pada awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.25 pagi sebelum pasukan keluaran operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya digerakkan ke lokasi sejauh 22 kilometer.

“Kemalangan tidak melibatkan mangsa tersepit. Sebanyak 43 orang berada di dalam bas itu dengan 23 daripadanya mengalami kecederaan terdiri daripada 19 wanita dan empat lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, anggota bomba membantu mengeluarkan seorang penumpang wanita yang masih berada di dalam bas ke tempat selamat manakala 42 penumpang lain telah keluar dengan bantuan orang awam.

Semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Hospital Sibu dan Hospital Kanowit.

Kemalangan itu berlaku di bulatan yang sama lokasi kemalangan maut membabitkan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah Marutin Pagan pada 30 Mac 2025. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here