Jabatan Imigresen Malaysia menahan 31 warga Indonesia yang dipercayai bekerja sebagai pekerja pembersihan dan pengangkut secara tidak sah dalam operasi bersepadu di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, semalam.
Operasi membabitkan JIM bersama beberapa agensi berkaitan itu dijalankan terhadap sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pembersihan rumah yang dipercayai menggunakan khidmat pekerja asing warga Indonesia.















