Zaki dilaporkan antara individu terakhir dilihat di kawasan terjejas di wilayah berkenaan pada 26 Ogos lalu ketika melakukan aktiviti pendakian di Langtang Valley bersama dua rakannya.

GEORGE TOWN – Penantian keluarga pendaki Malaysia, Muhammad Zaki Othman, 29, untuk mendapatkan khabar mengenai anak mereka berterusan apabila pemuda itu masih belum ditemui selepas 14 hari kejadian banjir besar dan tanah runtuh di Nepal.

Berdasarkan poster hebahan yang dikongsikan keluarga menerusi status WhatsApp, mereka  memohon bantuan orang ramai untuk mengesan pemuda itu, selain memaklumkan masih belum menerima sebarang berita mengenai keberadaannya.

Berdasarkan maklumat dalam poster berkenaan, Zaki dipercayai memakai kemeja-T putih berjenama Suunto dan topi ‘bucket’ hitam ketika kali terakhir dilihat.

“Adik kami masih hilang dan sehingga hari ini, kami belum menerima sebarang berita mengenainya,” katanya.

Keluarga berkenaan turut meminta sesiapa yang pernah melihat Zaki atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya supaya menghubungi mereka bagi membantu usaha pencarian.

“Tolong bantu kami sebarkan berita ini. Kami sekeluarga masih menanti kepulangannya. Terima kasih atas doa, bantuan dan sokongan,” ujarnya.

Zaki dilaporkan antara individu terakhir dilihat di kawasan terjejas di wilayah berkenaan pada 26 Ogos lalu ketika melakukan aktiviti pendakian di Langtang Valley bersama dua rakannya.

Dua lagi pendaki terbabit ialah Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, 27, dan Muhammad Adib Haikal Awang Mansor, 27.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan gagal dihubungi sejak kejadian banjir kilat dan tanah runtuh melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet pada tarikh berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Banjir Nepal: Naluri bapa kuat mengatakan Zaki ada atas gunung

Sebelum ini, media melaporkan bapa Zaki mempunyai firasat kuat bahawa anaknya itu masih berada di puncak gunung Nepal bersama dua rakannya dan hanya terputus komunikasi. komunikasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here