[Gambar fail] Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim

 

KUALA LUMPUR – Datuk Ismail Lasim menafikan dakwaan penglibatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh The Straits Times hari ini (8 Sept) saya ingin menafikan dakwaan penglibatan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, beliau berharap isu yang melibatkan adat negeri ini dapat diselesaikan dengan baik, penuh hikmah dan mengikut lunas undang-undang demi menjamin kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

Menurutnya, beliau sentiasa menyokong Presiden UMNO serta seluruh barisan kepimpinan parti yang sentiasa menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dah mula main naratif burukkan dato ahmad zahid. Cukuplah PH bodohkan rakyat, rakyat yang percaya dengan fitnah PH ni memang bodoh dan takde otak.

Comments are closed.