KUALA LUMPUR – Malaysia menempah tiket automatik ke Piala Dunia Hoki Remaja 2027 selepas menewaskan China 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B Hoki Piala Asia Remaja 2026 semalam.
Kemenangan itu diraih hasil jaringan padang Muhammad Safwan Salihe pada minit kelapan sekali gus memastikan skuad remaja negara mara ke separuh akhir selain layak secara merit ke pentas dunia tahun depan.
Kejayaan itu juga menyaksikan skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin mencapai sasaran utama apabila mengesahkan tiket ke Piala Dunia Remaja 2027 menerusi laluan merit.
Malaysia seterusnya akan berdepan India di separuh akhir dalam usaha meneruskan momentum dan memburu peluang melangkah ke final Piala Asia Remaja 2026. – MalaysiaGazette
















