Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan kad pengenalan Kampung Digital kepada salah seorang pemduduk pada majlis pembukaan Program WRUR Masjid Tanah: Kampung Kita peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan penutupan Karnival Falak peringkat kebangsaan di Kompleks Al-Khwarizmi di Tanjung Bidara di Melaka malam tadi.

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengarahkan semua wakil rakyat dan agensi berkaitan menyelesaikan segera baki 1,300 atau 25 peratus lagi aduan rakyat yang belum diselesaikan.

Tegas beliau, sehingga kini sebanyak 3,700 atau 75 peratus aduan rakyat berjaya diselesaikan selepas 27 siri WRUR dijalankan sejak dua tahun lalu.

“Saya mahu semua jabatan dan agensi yang terlibat bekerja dalam satu disiplin yang jelas. Jangan sekadar hadir buka kaunter, catitkan semua setiap aduan, tentukan pegawai bertanggungjawab dan tetapkan tempoh tindakan serta pastikan rakyat menerima jawapan.

“Ukuran kejayaan wakil rakyat bukan berapa banyak program yang kita laksanakan tetapi berapa banyak kaunter Yang dibuka untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan
pembukaan program WRUR Masjid Tanah: Kampung Kita peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan Penutupan Karnival Falak Peringkat Kebangsaan di Kompleks Al-Khwarizmi di Tanjung Bidara di sini malam tadi.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemduduk pada majlis pembukaan Program WRUR Masjid Tanah: Kampung Kita peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan penutupan Karnival Falak peringkat kebangsaan di Kompleks Al-Khwarizmi di Tanjung Bidara di Melaka malam tadi.

Ab Rauf berkata, pihaknya menolak andaian sesetengah pihak bahawa WRUR adalah pesta untuk kakitangan kerajaan negeri.

WRUR jelasnya, adalah untuk rakyat bertemu pemimpin dan menyuarakan segala permasalahan serta menyuarakan pandangan kepada kerajaan tanpa sebarang halangan.

Itulah sebabnya, kata beliau, WRUR akan disusuli dengan program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat dan Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT).

“Untuk program hari exco bertemu rakyat, jika ada masalah, datang, jika ada aduan jumpa kita, jika ada cadangan, sila suarakan dan jika ada urusan yang belum selesai, Insya-Allah kita akan selesaikan,” ujarnya

Tambah beliau, bagi WRUR DUN Tanjung Bidara, pihaknya telah menyusun 78 program dan menerima 104 aduan rakyat.

Beliau memberi jaminan akan menyelesaikan segala aduan berdasarkan keperluan sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

WRUR Masjid Tanah: Kampung Kita DUN Tanjung Bidara merupakan program ke-28 dan yang terakhir sejak dilaksanakan dua tahun lalu. – MalaysiaGazzette

ARTIKEL BERKAITAN:

WRUR akan diteruskan jika BN diberi mandat selepas PRN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here