Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara one-off atau sekali beri bernilai RM500 kepada setiap pelajar baharu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu akan memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan untuk memulakan pengajian masing-masing.

“Universiti awam, politeknik, kolej komuniti bagi sesi kemasukan September dan Oktober tahun ini. Ini akan memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk memulakan pengajian,” kata beliau.

Perkara itu diumumkan Anwar ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini.

Tetamu kehormat pada sambutan itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Persekutuan untuk meringankan beban rakyat, di samping mengumumkan penambahbaikan ikhtiar BUDI MADANI Diesel dan penstrukturan semula hak pemberian khas bagi negeri itu. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here