syed johan
Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

KUALA LUMPUR – Adakah Hannah Yeoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan membuat pertimbangan terbuka atau membawa pendirian politik dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan melibatkan Datuk Seri Najib Razak?

Hannah sebelum ini menyatakan dirinya membuat pertimbangan dengan fikiran terbuka, tiada perasaan hasad dan yang penting mahu melihat hak setiap individu mendapat pengampunan adalah terpelihara tanpa pengaruh politik.

“Walaupun beliau mengaku bersikap jujur, saya mengambil pendirian untuk tidak bersifat naif dan menelan bulat-bulat kenyataan itu,” kata Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar itu mempersoalkan Hannah kerana sebelum mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) telah menyatakan mereka yang disabitkan dalam kes rasuah atau salah guna kuasa berprofil tinggi perlu menjalani hukuman sepenuhnya.

Pendirian itu kemudiannya dipertahankan oleh Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad.

“Faktor masa kenyataan itu dikeluarkan menimbulkan persoalan sama ada pendirian politik telah dibentuk lebih awal.

“Saya tidak meminta Hannah mendedahkan nasihat Peguam Negara atau perkara sulit mesyuarat. Rakyat hanya mahukan jaminan bahawa pandangannya tidak dipengaruhi arahan atau ketetapan parti,” kata Syed Mohd Johan Rizal.

Menurutnya, timbul juga persepsi bahawa jentera komunikasi kerajaan termasuk J-KOM, cenderung mengulangi naratif PH.

“Jika tidak benar, jelaskan secara terbuka. J-KOM dibiayai rakyat dan mesti berkhidmat untuk kerajaan bukan mana-mana parti,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, apa yang dipersoalkannya sama sekali tidak mempertikaikan kewenangan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan Tuanku kita junjung namun pandangan ahli politik yang terlibat dalam proses tersebut tetap boleh dipersoalkan.

“Najib berhak memohon ihsan melalui saluran Perlembagaan. Kita terus berdoa agar permohonannya dipertimbangkan dengan adil, bijaksana dan penuh ihsan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here