Pemandangan Menara Kuala Lumpur yang dicemari jerebu dengan bacaan IPU tidak sihat berikutan aktiviti pembakaran hutan secara meluas di Kalimantan, Indonesia, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan solat hajat di tiga masjid utama hari ini susulan situasi terkini jerebu yang melanda negara.

JAKIM dalam kenyataan berkata, solat hajat itu diadakan sebagai ikhtiar dan usaha bersama memohon keampunan, pertolongan serta perlindungan daripada Allah SWT.

Solat hajat akan dilaksanakan selepas solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Menurut JAKIM, pelaksanaan solat hajat itu diharap menjadi wadah untuk umat Islam bersama-sama memanjatkan doa agar segala urusan dipermudahkan, selain dikurniakan ketenangan dan keselamatan.

“Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan memohon kepada Allah SWT demi kesejahteraan serta keharmonian negara,” katanya.

JAKIM turut mendoakan agar seluruh rakyat sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here