PUTRAJAYA – Bangunan Perdana Putra di sini menjadi tumpuan hari ini apabila dijangka Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan berlangsung lewat petang ini.

Ia susulan daripada perkembangan terbaharu mengenai keputusan Lembaga Pengampunan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah dan denda RM50 juta.

Pengamal media mula berkumpul di perkarangan bangunan tersebut sejak 4 petang tadi.

Kira-kira pukul 5.20 petang kelihatan beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri mula tiba dan memasuki bangunan tersebut.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan, Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertemu kepimpinan tertinggi gabungan itu termasuk Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini.

Sumber dilapor sebagai berkata, Anwar masih mahu DAP untuk menyokong kerajaan kerana tindakan keluar itu akan memberikan tekanan kepada pihaknya.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis PH pada awalnya dijadualkan bagi membincangkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 termasuk pendirian dan perkembangan politik yang dibangkitkan dalam perhimpunan itu. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here