Dron dipintas kira-kira 6.50 petang waktu tempatan pada Selasa sebelum sempat memasuki ruang udara larangan, dengan serpihannya jatuh di selatan bandar itu.

MANILA – Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala 17 lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di selatan Filipina pada Jumaat, menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (DSWD), lapor Xinhua.

DSWD memaklumkan petugas sosialnya berada di lokasi bagi memberikan bantuan dan sokongan psikologi.

Terdahulu, pegawai tempatan melaporkan bahawa semua mangsa yang maut dalam insiden tembakan itu merupakan mangsa bawah umur berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Menurut siasatan awal, suspek berusia 16 tahun dipercayai antara yang maut selepas menembak diri sendiri. Kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari.

Semua kelas digantung serta-merta di semua peringkat di Perbandaran Banga, wilayah Cotabato Selatan, menurut pejabat pengurangan risiko dan pengurusan bencana tempatan.

Jabatan Pendidikan melahirkan kebimbangan mendalam terhadap insiden tembakan yang dilaporkan itu. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here