Peniaga di Pesta Pantai Tanjung Bidara berharap program itu dapat dianjurkan dua kali sebulan kerana mampu meningkatkan pendapatan serta menjadi platform mempromosikan produk makanan dan kraftangan. Pesta yang berlangsung dari 18 September hingga esok itu turut menarik ribuan pengunjung menerusi pelbagai acara, termasuk karnival kerjaya dan pameran, selain menjadi destinasi riadah keluarga.
#malaysiagazette #MelakaSayangRakyat #MeSRa















