fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tradisi turath perlu terus diperkasakan supaya kekal relevan dan menjadi pedoman kepada generasi masa kini serta akan datang, dalam mendepani perubahan dunia termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata turath bukan sekadar warisan ilmu, sebaliknya merupakan akar yang membentuk akidah, pemikiran dan jati diri umat.

“Dalam dunia yang berubah pantas, termasuk perkembangan AI, tradisi turath perlu terus diperkasakan agar kekal relevan dan menjadi pedoman generasi masa kini serta masa hadapan.

“Inilah amanah kita untuk memastikan khazanah ilmu ini terus hidup, berkembang dan menyumbang kepada kekuatan umat,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut memuat naik video berdurasi seminit yang memaparkan suasana Majlis Perasmian Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bersempena dengan Festival Turath Islami Malaysia 2026, di Putrajaya hari ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here