Kementerian Pendidikan Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lagi menetapkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah kementerian itu.

KPM berkata, penyelarasan berkenaan diputuskan susulan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi memastikan syarat pemilikan IPS selari dengan keperluan semasa sektor pendidikan.

“Susulan sesi perbincangan antara KPM dengan MITI, KPM bersetuju bahawa ketetapan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan IPS bawah KPM,” katanya malam ini dalam kenyataan.

KPM menjelaskan, syarat berkenaan sebelum ini dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS yang diterbitkan pada 2006 khususnya bagi IPS tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad.

Menurut KPM, penyelarasan itu mengambil kira keperluan semasa sektor pendidikan selain memastikan ruang penyertaan dalam bidang berkenaan kekal terbuka kepada semua pihak.

“KPM menghargai sumbangan semua pengusaha IPS dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here