Tangkap layar kejadian dua murid dilanggar ketika lintas jalan hadapan sebuah sekolah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

BUKIT MERTAJAM – Polis sedang mengenal pasti identiti penunggang motosikal yang melanggar dua murid perempuan ketika mereka sedang melintas di lintasan pejalan kaki di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Permatang Pauh dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, siasatan dijalankan selepas polis mengesan satu video berdurasi kira-kira 30 saat yang tular di platform media sosial memaparkan kejadian itu hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi ketika kedua-dua murid berusia lapan dan sembilan tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.

“Kedua-dua murid berkenaan sedang melintas di lintasan pejalan kaki di hadapan sekolah sebelum dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang individu yang masih belum dikenal pasti.

“Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti penunggang motosikal serta mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

“Kedua-dua murid mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan susulan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Hafizi Mansor di talian 017 566 0103.

“Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memperlahankan kenderaan dan memberikan keutamaan kepada pejalan kaki, khususnya di kawasan sekolah dan lintasan pejalan kaki,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here